Pages

Subscribe:

Thursday, 30 October 2014

Ketumbit Datang Lagi: Petua Menghilangkan Ketumbit Mata




Oiiihhh seram kalau ketumbit camnih



Siapa pernah kena sakit mata? Tak kisah la merah2 ke, keluar biji nanah ke, nanah belah dalam ke... Paling2 pun mesti pernah kena sekali seumur hidu kan? Bila dah kena gatal sangat, sakit pun yer. Pulak tu keluar air, paling worse keluar lelehan tahi mata berlebihan. Ewwww...Malu nak keluar jumpa orang, lepas tu semua orang takut nak dekat dengan kita. kata orang tua, jangan temgok mata orang yang sakit mata, nanti boleh berjangkit. Haha serius merepek! Sama macam "jangan tegur jerawat orang,nanti kita kena jugak kat tempat yang sama". Sebenarnya pesanan orang tu tu logiknya nak menjaga hati pesakit tu kot. Kotttt aku pun tak pasti.


Aku dari dulu memang mudah kena ketumbit. Mungkin sebab habit suka tenyeh mata bila rasa gatal.  Tapi baru-baru ni aku rasa kena sakit mata sebab tea bag tu! Dan2 jer germs berebut masuk dalam mata yer. Tak pasal2 pulak kena sakit mata. Tapi kali ni just sakit2 bengkak dari dalam, tapi 2 tempat. Padan lah muka konon nak mata segar bugar dengan green tea itu hari. Haha!







Bila mata bengkak automatik, mata sayu kesedihan.



Disebabkan kekerapan kena tu agak tinggi, dan ubat klinik kesannya lambat makanya, aku guna bawang putih. Kenapa bawang putih? Pernah terbaca bawang putih ni  adalah antibakteria jadi aku pun beranikan diri tenyeh sikit bawang putih tu. Benda ni aku dah buat sejak sekolah menengah. Begitu juga dengan jerawat jahat! 









Senang jer korang ketuk bawang putih tu bagi keluar sikit air dia, then tenyeh kat kulit luar mata. JANGAN MASUKKAN DALAM MATA pulak! Nanti Kassim Selamat jangan salahkan aku pulak yer. Kesannya? Kepedihan level tutup mata tapi memang cepat baik, dalam few hours dan 2kali ulang jer dah boleh sembuh sepenuhnya. Tak percaya? Anda cuba lah yer. Selalunya lepas tenyeh tu, cepat2 aku ngadap kipas stand tu dan tutup mata. Ada la dalam 30sec jer pedih dia. Alaaa lek la, setakat pedih sikit tak kan tak tahan kotttt.






Camni yer, crush jer garlic tu macam korang masak.




Aku dari sekolah dulu memang suka membaca dan jenis suka dengar petua orang tua. Aku akan try dan rasai keberkesanannya. Itu sebab aku terjebak dengan Shaklee. Hihi. Sebab aku memang percaya dengan sumber alam yang asli pemberian Allah. Aku ada koleksi buku2 berkaitan. Nanti lain entry aku share buku2 tu. Tu pun kalau jumpa. Maklum la sejak ada Rania banyak barang masuk kotak container supaya senang tak kena punggah budak bertuah tu.


Sebenarnya aku pernah apply garlic ni kat Rania, dia pernah selsema teruk. Aku ketuk bawang putih dalam rice cooker yang berisi air, bukak penutup sikit jer. Then steam tu lalukan sikit2 kat muka. Tapi mesti berhati2 sebab wap stim sangat panas. Sikit2 jer yer. Sambil wapkan pegang dia dengan keadaan kepala ke bawah sedikit. Sambil tu tepuk belakang.  Aku dapat tips ni dari blogger http://littlemamadiary.com/cara-keluarkan-kahak-bayi-rawatan-stim-dan-teknik-tepukan-percussion/







Kebaikan Bawang Putih


Bawang putih atau garlic ni sebenarnya mengandungi bahan dikenali sebagai Allicin (bersulfur), itu yang bau tengik kuat tu lah dia nya. Bahan tersebut akan keluar bila ditumbuk, dihiris dan sebagainya. Secara amnya, bawang putih ni bersifat antibakteria, antiviral, antifungus, anti beku darah (anti-coagulant) dan antikarsinogen iaitu anti kanser. Namun ada yang mengatakan khasiatnya berkurangkan apabila dimasak, sebaiknya dimakan mentah. Kau mampu? Sebab tu sesetengah orang ambil suplemen garlic jer.











Antara kebaikannya;

1. Melancarkan peredaran darah
 (mengekalkan tekanan darah yang normal).

2. Menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.

3. Membantu meredakan batuk, lelah dan selsema.

4. Meningkatkan kekebalan sistem imun.

5. Membuang angin dari badan.










Kalau rasa tak sanggup telan bawang putih tapi nak kebaikkannya, Shaklee ada suplimen garlic. Yang bestnya, masa telan rasa sedap sebab ada campuran Rosemary dan Spearmint. Takdelah rasa busuk nak menelannya. Garlic Shaklee sangat istimewa kerana ia mengekalkan 100% kandungan Aliccin aktif dalam bawang putih. Kan kalau kita masak, kandungan alisin akan berkurangan berbanding kalau mentah. Sanggup ke nak telan bawang putih mentah? Hehe! 1 biji tablet bersamaan 500mg ektrak garlic iaitu bersamaan 1 ulas bawang putih. Kan senang tak yah susah2 makan bawang putih busuk tu dengan mengekalkan zatnya.










Semoga entry kali ni dapat membantu korang lebih sihat dengan bawang putih yang murah dan sangat mudah dijumpai!


BERMINAT NAK BELI GARLIC?

HUBUNGI 018.377.0904

6 comments:

  1. saya singgah sni.. :)perkongsian yang menarik.salam pekenalan..

    ReplyDelete
  2. Hi Mira, salam perkenalan! saya pun ada baca blog awk sebelum ni :)

    ReplyDelete
  3. Saya pun ada ketumbit di mata kiri saya ni baru nak cuba petua ini terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Amira semoga bermanfaat

      Delete
  4. Assalam , mata saya ketumbit dlm mata so saya try la apa yg aunty suruh mmg pedih ah meleleh hingus huhu lepastu mata saya ok siket mmg berkesan huhu saya buat sekali je sebab tak mampu tahan sakit uh haha btw tq ye saya suka baca blog aunty tataa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa syok kan mata pedih? haha apesal ko buat sekali jer dik, patut buat smpai baik

      Delete