Pages

Subscribe:

Monday, 20 October 2014

Kebaikan dan Khasiat Teh Hijau/ Green Tea

Korang tau tak kenapa aku tetiba buat entry psl teh hijau? Sebabnya aku start minum green tea ni sebab nak kurus! Green tea ni dia akan tingkatkan metabolisma kita so membantu pembakaran kalori. hihi jgn marahhhh. Lepas makan mesti minum green tea ni. Tapi aku suka jasmine green tea dan pemenangnya adalah Teh Boh! Brand tu aku boleh masuk. tapi kan, brand Ahmad Tea London tu lagi berbaloi2, RM 5.90 for 100 bags! Tak ke murah, tapi dia takde dgn jasmine sekali sedehhh.



So teringat la khasiat lain green tea ni boleh mengurangkan dark circle dan eye bag, lepas minum jangan buang tea bag tu tau. Kalau nak sejuk, sejukkan jab jer kat freezer then tepek kat mata. Buat la 15 ke 30minit tukar2 mata. Memang segar tak tipu. cuba korang try!








Antara Khasiat Lain Teh Hijau:



Lindungi kulit 
Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.

 Rawatan kulit 
Baik utk kulit luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak, bekas melecur, korang try  tekapkan bag teh tu kat bahagian kulit yang berkenaan. Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal.

Pelindung memori
Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak. Sebab? Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.


Menurunkan berat badan
Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau. Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Menurunkan aras kolesterol. 
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

Merawat batuk
Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).

Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya.

Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah.

Mencegah penyakit gigi
Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Masalah bau mulut pun dapat diatasi.

Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Kalau korang cirit-birit kan, minum teh hijau pekat. :)

Menurunkan tekanan darah
Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Membantu mengawal paras gula darah
Menguatkan sistem imun.
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.


Pencegah kanser
 Menurut satu kajian, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol tu apa? Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.




Namun perlu diingatkan bahawa teh hijau juga mengandungi kafein, kalau berlebihan pun tak elok. Teringat masa ada satu masa tu addict sgt sampai jadi tak boleh tidur malam. Memang tak sesuai bagi kat bayi. Tapi kalau anak kecil nak merasa, boleh bagi teh rooibos sesuai. Itu Dr Suriyakhatun yang cakap dalam fb page dia, sebabnya Teh Rooibos takde kafein.


Kalau korang nak bakar lemak dengan kuasa berganda sila try Cinch Energy Tea Mix, merupakan gabungan hebat white tea, red tea dan green matcha tea. Gabungan yang power ni akan boost metabolisme so korang akan kekal bertenaga dan sekaligus boleh kurus.




Kalau nak sila roger aku ok!
018.3770904