Pages

Subscribe:

Monday, 7 July 2014

Set Bersalin @ Berpantang Shaklee




Sekarang tak perlu risau dgn cara pantang tradisional, tak boleh makan jamu sebab panas takut anak kena demam kuning, takut anak berak2. Lepas tu kita lesu keletihan, emosional pulak tu dah la tgh sakit.


Bertukar lah kepada set berpantang dari Shaklee! Terlajakkkkkkkkk lajakkkkkk lajakkkkkk LARIS!


Set ni anda boleh pilih mengikut pilihan dan bajet anda.



Apa yang terkandung dalam set berpantang Shaklee?

# VitaLea
# Vita-C
# B Complex
# Zinc

+ Milk Booster

# Alfalfa
# ESP







1) Vitalea

Multivitamin & Multimineral yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 
Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh 7 kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.


Antaranya mengandungi:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Perbezaan Shaklee

Kemajuan Saintifik
-Disokong oleh tujuh kajian klinikal

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
-Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Kualiti yang luar biasa
-Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan


Bagus utk penyusuan:

Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak ..Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


2) Vita C 

Kenapa Vitamin C Shaklee? sebab Vitamin C shaklee berbeza dengan jenama lain:
Teknologi penghasilan Vitamin C Shaklee adalah sustained release. Kenapa perlu teknologi sustain release? Sebab vitamin c mudah musnah,bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan. Sustained release adalah teknologi yang membantu Vitamin C untuk kekal lama dalam badan dimana hanya 100mg vitamin C dilepaskan ke dlm badan setiap sejam. 
Satu tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren.
Vitamin C Shaklee lengkap dgn bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik).. dan vitamin C shaklee semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan.

Vitamin C penting utk mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin.


Petikan dari "How Stuff Works",

Vitamin C is useful in wound healing of all types. From cuts and broken bones to burns and recovery from surgical wounds, vitamin C taken orally helps wounds to heal faster and better. 




3) B. Complex

Kepentingan B. Complex utk ibu berpantang adalah memberikan tenaga. Tak percaya ke? Mesti korang rasa gagah walaupun lepas bersalin dan ceria jer. Itu lah testimoni yg saya selalu dapat.

Lengkap dengan semua jenis Vitamin B.

Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.
Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram


4) Zinc

 Zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

Antara kebaikan Zinc:

- Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

-Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

-Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

-Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

-Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

-Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

-Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

-Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

-Botak: Selalunya lps bersalin ibu2 akan mengalami keguguran rambut yg teruk. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut



5) Alfalfa (Milk Booster)

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat.
Tahukah anda yang Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita.
Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian.

Khasiat utk ibu bersalin:

-Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
-Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
-Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
-Melegakan sembelit
-Membuang angin dalam badan
-Milk booster
-Melegakan sakit sendi dan belakang.
-Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
-Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
-Mencuci usus bagi membuang toksik
-Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
-Meneutralkan asid dalam badan
-Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
-Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
-Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.

(Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd baby..susah nak kena kembung.)


6) ESP (Energized Soy Protien Non GMO)


Pengenalan Mengenai ESP

 ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.

Istimewanya ESP Shaklee ia merupakan sumber protein soya terbaik .Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. 

Apa tu Non GMO??? soya yg digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO). Protein soya Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari  proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, yakinlah dgn shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti

Apa bagusnya kalau soya Shaklee ni Non-GMO?  Produk2 GMO boleh menyebabkan alergy, toxic, potensi kanser. Antara makanan yang tinggi potensi GMO adalah jagung dan soya.


Apa Kebaikan ESP utk ibu bersalin?

-Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat

-Memberi kesan keanjalan kulit. Lepas bersalin kulit kusam tak bermaya, ESP lah penyelesaiannya!


Cara Penyediaan ESP dan Resepi Mudah

Satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu gelas besar air suam. NI ikut tekak dan kreativiti sendiri lah, terpulang pada anda.

ESP + Fresh Milk
ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
ESP + susu tepung (any brand)
ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
ESP + Nesvita 3in1
ESP + jus twister tropicana
ESP + Yogurt drink
ESP + Ribena
ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
ESP + Milo/Horlicks
ESP + sirap bandung
ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)




SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN ONLINE


ONLINE ORDER SET BERPANTANG ASAS



ONLINE ORDER SET BERPANTANG PREMIUM (BERSERTA MILK BOOSTER)




Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi saya;

Pn Faizura Omar
019.4414.878
fafai8582@gmail.com









Wednesday, 2 July 2014

CARA MERAWAT PENYAKIT STROK ATAU ANGIN AHMAR





Kali ni nak berkongsi maklumat mengenai penyakit strok dan cara merawat strok. Sebenarnya ramai di luar sana menderita penyakit ni dan mengharapkan sinar harapan untuk sembuh. Nikmat sihat tu sangat penting dan besar bagi yang mahu mensyukuri. Penyakit ni antara punca terbesar kematian di Malaysia sebab tu saya nak sangat orang ramai memahami dan ambil langkah berjaga-jaga.




STROK ATAU ANGIN AHMAR


Tahukan anda bahawa penyakit strok adalah punca kematian KEEMPAT terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser? Setiap tahnu dianggarkan 40 000 orang diserang strok.







BAGAIMANA STROK TERJADI?

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak merupakan pusat saraf tubuh yg mengawal setiap perbuatan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan, pencernaan dan sebagainya.

Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien untuk terus berfungsi dengan baik. Sekiranya saluran darah di dalam otak pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Seterusnya bahagian otak itu mula mati dan anda akan  mengalami strok. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah. Semuanya berlaku dengan senyap tetapi pantas.


Fungsi otak



" Secara mudahnya, strok berlaku bila saluran darah tersumbat. Maka aliran darah ke otak terganggu. Apabila otak tidak menerima oksigen yang mencukupi, sel-sel otak akan rosak seterusnya menyebabkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak yang rosak itu tidak dapat bergerak."


PUNCA STROK

1. Keadaan kesihatan individu
Hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi), kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan jantung, diabetes, sejarah keturunan strok dalam keluarga dan migrain boleh menyebabkan terjadinya strok. Berdasarkan statistik 80% pesakit darah tinggi dan arteriosklerosis adalah berisiko terkena serangan strok.

2. Gaya Hidup dan Cara Pemakanan
Gaya hidup dan pola pemakanan yang tidak seimbang seperti merokok,makanan segera, makanan proses dan makanan ringan menyumbang kepada penyakit strok ditambah lagi dengan kurangkan bersenam. Sikap mudah marah, murung dan lain2 sikap negetif turut memudahkan seseorang diserang strok.


GEJALA

Anda lebih mudah merawat strok atau menghindarkan strok sekiranya mengetahui tanda-tanda awal gejala penyakit strok.

Tanda-tanda serangan stroke :

- Rasa pusing kepala, sakit kepala yang mendadak tanpa sebab yang jelas.
- Rasa bingung, celaru dan keliru.
- Sebelah mata kabur secara tiba-tiba.
- Susah untuk berjalan dan hilang keseimbangan badan secara mengejut.
- Terasa seperti hendak mati dan dan kaku/kebas pada muka, tangan kaki atau sebahagian tubuh sahaja.
- Rasa mual dan muntah-muntah
- Terasa seperti hendak pitam, atau pengsan secara tiba-tiba.



Menurut Penasihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Julia Shahnaz Merican,  setakat ini 70 peratus daripada mangsa serangan angin ahmar tidak menyedari diserang penyakit itu.

Katanya, antara tanda-tandanya ialah apabila merasa diri lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan dan di sebelah bahagian badan.

”Selain itu penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Forum Angin Ahmar anjuran Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tanda-tanda awal lain termasuk mengalami kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut jadi tidak jelas.

”Jika anda tiba-tiba menghadapi kecelaruan mental atau sawan epilepsi, semut-semut di bahagian dagu, clumsiness , hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala yang teruk tanpa sebab maka segera jalani rawatan,” katanya.

Dr. Julia berkata, satu tanda yang jelas angin ahmar akan berlaku adalah apabila berlakunya Serangan Iskemia Sementara (TIA) atau mini angin ahmar iaitu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.

”Sekalipun gejala ini lazimnya hilang sepantas ia datang di mana pesakit akan pulih tetapi rawatan perubatan perlu kerana jika dibiarkan akan menyebabkan kerosakan otak lebih teruk,” katanya.

Dr. Julia berkata, sekalipun risiko serangan ahmar lebih tinggi ke atas golongan tua tetapi orang muda tidak boleh memandang remeh kerana dia pernah merawat pesakit yang berusia 24 tahun.

Jelas Dr. Julia, serangan angin ahmar sehingga kini telah mula menyerang mereka yang berusia sekitar umur 30-an, 40-an dan 50-an.

Sehubungan itu, katanya, setiap orang perlu berwaspada dengan tekanan darah masing-masing khususnya kepada penghidap hipertensi.

”Tekanan darah tinggi sebenarnya yang menjadi punca utama serangan angin ahmar selain mereka yang menghidap penyakit jantung dan diabetes,” katanya.

Sementara itu, Pakar Pertuturan dan Pantologi Bahasa dari Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia (MASH), Cecilia Santiago berkata, 30 peratus daripada pesakit yang diserang angin akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi.

Katanya, ini kerana serangan angin ahmar biasanya berlaku di bahagian sebelah kiri otak yang boleh menjejaskan keupayaan bertutur dan keupayaan dalam bahasa.

Sehubungan itu, katanya, terapi pertuturan amat penting dalam usaha memulihkan keupayaan mangsa angin ahmar supaya boleh berkomunikasi dengan betul.

”Disebabkan pesakit angin ahmar sukar bertutur dan mengeluarkan suara atau bunyi yang difahami oleh orang lain maka keluarga perlu berusaha untuk membantu mereka,” katanya.

Katanya, pesakit boleh dibantu untuk menulis, menggunakan bahasa isyarat, melukis supaya dapat berkomunikasi semula.

Bagaimanapun ia tidak mudah untuk dilakukan memandangkan pesakit biasanya akan menghadapi masalah untuk memahami atau memilih perkataan, angka atau isyarat dengan betul.

Selain itu, katanya, pesakit juga biasanya mengalami kesukaran untuk mengawal lidah dan menelan.

”Otot-otot pada lidah dan tekak adalah otot-otot yang sama digunakan untuk menghasilkan bunyi atau suara.







CARA MERAWAT PENYAKIT STROK/ CARA MENGHINDARI


1. Elakkan dan berhenrti merokok

Merokok menyebabkan atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan membuatkan darah menjadi mudah menggumpal.

2. Pemeriksaan tekanan darah secara rutin

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darahmengalami tekanan berlebihan.

3. Penyakit jantung

Sekiranya terdapat gejala atau gangguan jantung seperti detak yang tidak teratur atau kadar kolesterol tinggi, anda seharusnya mendapatkan rawatan susulan doktor untuk mengelakkan terjadinya serangan strok.

4. Kawal stress dan tekanan perasaan dengan baik

Stres atau depresi  menggangu kesihatan jantung, kawal dan tangani stress dengan bijak.

5. Menjaga Pemakanan

Ikut piramid makanan, lebihkan sayuran dan buahan supaya makanan berserat itu dapat mengawal lemak, kurangkan lemak , garam dan gula. Hindari makan daging merah terlalu banyak kerena lemaknya menyebabkan pembuluh darah mengeras.






6. Kawal berat badan dan Ketahui BMI Anda

Memiliki badan gemuk atau obes akan meningkatkan risiko strok.

7. Aktif Bersenam

Bersenam mampu menurunkan tekanan darah dan menyihatkan anda disamping membakar lemak.


8. Hindari alkohol

Meminum alkohol dapat menaikkan tekanan darah, maka sebagai umat Islam pun anda wajib mengelakkannya.

9. VIVIX SHAKLEE


Apa itu VIVIX ?

Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain.

Apa yg terkandung dlm Vivix ni sehinggakan ia dikatakan sangat best?

Vivix ia mengandungi resveratrol. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Saintis mendapati Orang Perancis makan makanan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui: Rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terdapat dalam wain merah.


Apakah itu Resveratrol? 

• Antioksidan yang kuat,
Anti-inflamasi
• Anti-kanser


Sifat anti inflamasi atau anti radang ini lah yang membantu pesakit strok dapat bergerak semula. Salur darah yang tersumbat itu akan terbuka dengan kehebatan sifat anti radang VIVIX. 


 ALTERNATIF terbaik wain sebagai umat Islam adalah vixix. Satu hidangan Vivix™ mengandungi sama banyak resveratrol yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, penyakit kardiovaskular, kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, terlebih berat badan dan masalah kegemukan, nyanyuk, osteophorosis, penyakit2 mata spt katarak n glaukoma dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas


Vivix membantu pulihkan DNA yg rosak, mengawal genetik, menghasilkan tenaga yg diperlukan oleh sel, melambatkan pembentukan protein AGE( advanced glycation end products). Protein AGE yg berlebihan ni boleh ganggu keutuhan sel. Vivix juga menjaga dan pelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, sistem imun, sendi, perlindungan antioksidan utk kesihatan menyeluruh.











TESTIMONI PESAKIT STROK














Strok Muka

Mild Strok akibat darah tinggi


UPDATE 23/10/2015: TESTIMONI TERKINI



Lagi Testimoni Terkini 03/08/2017 


                                                          Selepas 2 minggu

(Dapat gerakkan jari selepas 2  minggu amalkan vivix)






PUAN FAIZURA

Tuesday, 1 July 2014

8 Cara Menghilangkan Jerawat

Cara menghilangkan jerawat?




Ewwww....sendiri tengok pun geli, apatah lagi orang lain. Apa penyelesaiannya?



Stress gila kan kalau sebijik jerawat tumbuh kat muka, tapi kalau berbijik2 merata penuh kat muka, kat dada, kat belakang badan sure lagi tekanan emosi. Lagi tekanan emosi dan sedikit mental bila kwn2 dan sedara mara yg lama tak jumpa kita, sesekali jer jumpa boleh pulak dia buat komentar berbaur kutukan dan kejian ala2 Kiah Propa. Bikin panassssssss.





Tumbuh merata kat badan, sengsaranya! Bagaimana cara menghilangkan jerawat?


Sebelum kita mengetahui cara menghilangkan jerawat, kita mesti mengetahui dahulu bagaimana jerawat boleh terjadi. Kalau tak kenal "musuh", macam mana nak patahkan serangan "musuh" kan, iaitu jerawat itu sendiri?


Jerawat terhasil apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Lama kelamaan bengkak dan bernanah, maka itu lah jerawat!







Apakah beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia?



PUNCA-PUNCA JERAWAT


1) Hormon

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.

Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

2) Bakteria

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

3)Pemakanan

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

4) Stress

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

5) Alat Solek

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

6) Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

7)Pakaian

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. 




LOKASI JERAWAT DAN PUNCANYA





1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.



CARA MENGHILANGKAN JERAWAT


1. Tomato
Belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Kulit Kayu Manis
Ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. paling senang beli jer serbuk kayu manis kan ada jual sekarang tak payah nak susah2 . Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas dan pedih kalau terkena pada luka jerawat tu. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. 

3. Lidah Buaya
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Peringatan, semasa lendiran aloe vera nak mengering, kita akan rasakan sedikit tak selesa kat muka.

4. Ubat Gigi
Yips ni memang mudah dan utk kes kecemasan. Letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. 

5. Putih Telur
Ambil putih telurnya sahaja lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir.

6. Pucuk Jambu Batu
Ambil segenggam pucuk jambu batu dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam.

7. Air Basuhan Beras
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

8. Set Jerawat Shaklee





Vitamin C
Sebagai Antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti (pencemaran, matahari, cuaca, AC, asap rokok, dsb).
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle).

Vitamin E
Bersifat anti-penuaan, dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah
Membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel
Membantu memudarkan parut

B Complex
Membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan
membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu nervous system berfungsi dengan normal). Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk awet muda, kulit yang licin dan kelihatan muda, melambatkan rambut beruban, membantu untuk kecantikan kulit, rambut dan mata, kekuatan kuku.


SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN ONLINE


ONLINE ORDER NOW!!!




ATAU,


Kalau tak suka nak telan pil bagai boleh try set skincare Enfuselle. Cara menghilangkan jerawat dengan Enfuselle ni juga terbukti berkesan.






Bagi rangkaian ENFUSELLE, 2 kategori set :



Kategori 1: Normal to dry skin


Hydrating Cleansing Lotion
Hydrating Toner
Hydrating Moisturizer
Eye Treatment


Kategori 2: Normal to oily skin

Purifying Cleansing Toner
Purifying Toner
Balancing Moisturizer
Eye Treatment


SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN ONLINE

Pilihan ditangan anda! 


Saya sertakan testimoni pengguna selepas 2 minggu penggunaan jerawat kecut dan berkurangan. Dan beberapa testimoni lain.














ANDA BERMINAT?

HUBUNGI PUAN FAIZURA,

018.377.0904


NAK DISKAUN?

DAFTARLAH AHLI DENGAN SAYA SEKARANG DAN PERCUMA KONSULTASI DAN BIMBINGAN SEPANJANG HAYAT.