Pages

Subscribe:

Saturday, 31 May 2014

Penjagaan Diri dan Bayi Semasa Dalam Pantang






Selepas bersalin seorang ibu sangat keletihan kerana kehilangan banyak tenaga dan darah. Sebab tu orang cakap banyak urat putus. Penjagaan dibahagikan kepada 2; penjagaan ibu dan penjagaan bayi. Tempoh berpantang kebiasaannya 40 hari. Saya akan berkongsi tips mengikut pengalaman sendiri dan jugak pembacaan saya.



Penjagaan Ibu

Sangat penting untuk memulihkan semula dalaman seorang wanita. Daripada mengandung sehinggalah bersalin, terlalu banyak perubahan fizikal dan dalaman yang berubah. 

1) Luka Bersalin 



Penjagaan luka di alat sulit mahupun luka pembedahan adalah berbeza. Kebiasaannya akan ada follow up dengan doktor utk check luka. Tapi penjagaan sendiri juga penting. Jangan bersila mahupun berjalan mengangkang dan laju. Walaupun rasa kurang sakit tapi jangan jalan laju2. Pastikan luka dikeringkan dengan kain bersih dan dianginkan setiap kali lepas mandi. Elakkan mencangkung walaupun semasa nak buang air besar! Org tua kata takut peranakan jatuh dan tumpah darah dannnnnn korang sendiri bayangkan la keadaan benda tu kalau mencangkung, kan tgh luka, sakit tuuuuuu. Masa tidur rapatkan kaki. Jangan aktif2 sgt.


 2)Berurut

Penting utk memulihkan otot-otot yang tegang dan bersimpul. Ia dapat melancarkan peredaran darah dan mengurangkan  sakit tulang belikat kerana penyusuan bayi. Dan sapa tak suka kena urut ye tak? Fuhhh syok ooo kena urut! Orang bersalin normal boleh terus berurut, tapi orang bersalin czer mcm saya lepas seminggu baru boleh tu pun tak boleh sentuh perut buat sengkak! Bilangan urut terpulang pada masing2, minimum 3kali.


3) Bertungku

Dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memberikan kelegaan serta membantu pengeluaran darah nifas dengan lancar serta dapat membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim. Yang ni memang leceh tapi paksa diri buat! Memang rasa kesannya, darah nifas mengalir keluar dengan elok. Dulu masa pantang, mama mesti panaskan batu then balut tebal2 dgn kain. Pastikan pakai stokin sentiasa dan pakai sweater kalau perlu. Badan tak boleh sejuk2, kena aircond dan kipas secara direct. nanti sakit sendi dan urat. tak percaya? Cuba lah buat mcm saya dulu, lepas tido aircond bentan rasanya demam2 urat!


4) Mandian herba

Memberikan kesegaran tubuh badan dan merangsang ketenangan minda dan jiwa di samping dapat menghilangkan bau badan yang tidak diingini dan kurang menyenangkan. Yang ni memang suka sgt, rawa fresh jer badan dan wangiiiiiiii!


5) Pantang makan
Yang ni tersangat lah penting, moden mcm mana pun petua org tua ada betul dan baiknya. Elakkan minum ais/air sejuk dan sayuran sejuk dan berangin seperti tumbuhan menjalar dan jenis kekacang. Elakkan makanan yang menyebabkan gatal dan berbisa seperti ketam, udang, sotong dan ikan keli.

Makan yg berkhasiat supaya cukup utk tenaga ibu dan utk membekalkan susu utk baby. Minum air masak banyak2! Tapi ada org tua kata jgn minum air byk2 takut luka lambat sembuh, ishhh tak boleh. Air penting utk badan, nak susukan baby lagi.



6) Penjagaan emosi dan spiritual

Masa berpantang adalah tempoh kita tak boleh nak solat. Syaitan mudah nak mempengaruhi kita waktu ni. Jadi utk elakkan diri jadi beremosi banyakkann zikir dan ayat2 pelindung dan pendinding macam Ayat Qursi, 3 Qul, Bismillahillazi dan sebagainya. Pengalaman sendiri, tak sangka mudah terasa mudah sedih dgn hal2 remeh. Merepek betul hehe!




Penjagaan Bayi




1) Waktu tidur bayi

Baby memang waktu tido tak set lagi sebab dia belum kenal siang malam. Macam Rania dulu, dia akan tido siang tapi malam berjaga, nasib tak menangis2 cuma dia nak main jer nak dilayan. Tapi memang panda la dibuatnya! Caranya cuba sedaya upaya ajar waktu tidur, bila siang cuba jangan bagi dia tido tapi jgn memaksa kang ngamuk bdk tu tak dpt tiso. benda ni slowly ambik masa. Bila malam gelapkan bilik dan bagi sunyi jgn ada bunyi bising.


2)  Mandi dan membuang najis

Waktu mandi jgk memainkan peranan utk ajar baby waktu siang dan malam. Lama2 dia paham waktu siang dan malam hanya dgn waktu malndi yg betul. Minta tlg orang utk mandikan baby sebab kita tak larat dan tak kuat utk buat di awal kelahiran. Pastikan mandikan baby dgn air suam. Diawal2 ni cuci najis dgn baby wipe memudahkan ibubapa. Tapi bila dia dah besar sikit da kuat kaki boleh diri, sebaiknya cuci kat sinki sebab baru la betul2 bersih dan tak kena rashes.


3)Penyusuan

Lain orang lain badannya. Ada yg baby lahir jer terus susu keluar, ada yg ambik masa berhari2 adan yang berminggu2. Pengalaman saya lepas 2 mggu baru keluar susu. Menyusu badan perlukan kesabaran tinggi sebab akan mengganggu waktu tidur dan boleh menyakitkan tulang belakang. Cari position yang selesa dan gunakan bantal utk support.





4)Kembong Perut dan Tungku Bayi

Mengelakkan baby dari kembung perut, dan mengelakkan hernia bagi bayi lelaki. Rania suka bila kena tuam, dia tumpang batu tungku mak dia haha!


5)Demam kuning

Kebanyakan baby memang mudah kena demam kuning tapi boleh dielakkan. Tapi kalau dah teruk bwk gi jumpa doktor tau jangan nak jugak rawat sendiri. Bahaya baby boleh cacat! kalau setakat sikit2 mcm Rania dulu saya ikhtiar jemur awal pagi (tutup mata, boleh buta kalau direct) lps tu jgn direct panas pulak. Then bagi susu kambing sikit. Alhamdulillah ok.

6) Tersedak Susu dan Muak/Muntah Susu

Dulu kitaorg laki bini selalu cuak bila Nia muak dan tersedak. Maunyer tak cuak bahaya kotttttt! Tapi kita kena paham, baby akan minum byk2 utk catch up berat sekilo/bulan. Tapi hakikatnya perut dia sebesar penumbuk dia jer. So jgn risau kalau dia muak susu, tapi pastikan masa bagi susu kedudukan kepala tinggi dan lepas menyusu sedawakan, bagi burp. Rania dulu challenging sungguh, lom sempat nak burpkan dia dah lelap dulu. Tu yg senang muak. Just incase baby tersedak susu, cepat2 tonggengkan baby dan tepuk belakang baby.


7) Urut Bayi

Urutan dan sentuhan lembut mampu memberikan keselesaaan kepada bayi dan penting untuk stimulasi awal bagi membentuk perhubungan yang rapat dengan si kecil. Ia juga dapat membantu mengelakkan kembung perut dan menguatkan otot-otot bayi. Rania memang suka kena urut tapi dah nak 9 bulan ni, ligat...nak pakaikan pampers pun berpeluh2 dibuatnya. Macam mana nak pakaikan lotion nak urut bagai???





Semoga tips kali ni memberi korang banyak manfaat. Selamat bersalin dengan mudah dan selamat menjadi ibu yer ^_^






ATAU HUBUNGI;

PN FAIZURA
019.4414.878
fafai8582@gmail.com



Thursday, 29 May 2014

Siapa nak kurus wajib Baca! 10 Kesilapan Yang Membuatkan Anda Tak Kurus2







Sedih dan sendu sungguh bila gemuk ni kan?


Haaaaaaaaa sapa tak nak kurus kan?


Tapi dah mcm2 diet buat tapi mcm tu jgkkk, tak makan nasi lah, excercise lah tapi berat mcm tu jgk.

Tambah bengang bila tengok kawan kita makan la byk mana pun maintain jer, pelik gila minah tu tak gemuk2 pulak tapi melantak mcm membela!


Majlis bertunang makin dekat, majlis persandingan lagi 3 bulan haihhh susah hati ni! Bila gemuk orang pandang rendah, kalau single lagi la susah hati...susah orang nak pandang oooo. Biasa la manusia nak yg cantik mata memandang ye tak?



Ok kat sini saya senaraikan punca diet korang tak menjadi.


1) Saluran darah, perut (usus) dan cecair di dalam badan anda kotor. Apabila ketiga – tiga perkara tersebut kotor, lemak sukar hendak terbakar. ------------> Anda perlu detox badan


2) Makan laju. Kan sunah nabi suruh kunyah makanan  sampai betul2 lumat. Haaa tapi kita ngap ngap 2 minit selesai satu pinggan penuh nasi. Haaa tak boleh yer. kenapa? Sebab otak kita ambik masa 20 minit utk sampai alert kita "kenyang". Lepas tu ada kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji terhadap lelaki China, dan mereka mendapati mereka yang mengunyah makanan dengan lebih lama (dalam kajian ini 40 kali) berbanding yang mengunyah makanan 15 kali sebelum menelannya mengalami kadar pengambilan tenaga yang lebih rendah (11.9% kurang) untuk makanan yang sama. Maknanya di sini, kita boleh mengurangkan kalori makanan hanya dengan mengunyahnya! --------> Makan lah slow yer


3) Tak excercise. Diet la mcm mana pun tapi kalau tak bersenam susah nak turun. ------> Pilih la senaman yg korang suka, futsal ke, roller blade ke, renang berirama ke, badminton beregu ke, paling2 menyapu sambil dukung anak. Sure berjurai punya lah!


4) Langsung tak makan nasi di siang hari. Konon nak diet nasi, tapi mana boleh kita perut Malaysian mesti mau nasik. Skali dah malam menggigil lapar. Last2 carik nasi jugak. Boleh makan nasi sekali jer masa lunch, then malam sebelum pukul 8. Mesti 5 jam sebelum tido, kalau tak metabolima rendah nak bakar kalori tu.

5) Bergantung sepenuhnya pada ubat kurus atau makanan tambahan. Salah!!!! Mana boleh, kalau ubat kurus tu boleh bg kurus dgn cepat, baik2 yer...mungkin tu ada racun sibutramine yg diharamkan.


6) Kurang makan sayur dan buah. Ni lah kena makan banyak sebab kaya dgn fibre. Fibre membantu proses lawas senang nak membuang tarik segala lemak. Buah pun bagus buat snak masa lapar instead of cekedis yg makin buat korang gemuk.


7) Kurang tidur. Gigih ni balik keje gi gym pastu balik tengah2 malam. Pastu bersenam kat gym tu beraircond pulak tu mana nak berpeluhnya. Kalau peluh pun kurang. Tidur yg cukup sgt penting utk fisiologi badan berfungsi dgn baik. Berkait rapat dengan hormon, masa tidur hormon yg mengawal selera makan dan kadar penggunaan tenaga dalam badan.


8) Kurang minum air. Tau tak minum air byk2 boleh buat rasa kenyang? Mesti minum 3Liter air sehari utk fungsi badan dan metabolisma yg baik. Tak percaya cuba minum air banyak2 sebelum makan mesti korang makan sikit, aku dah try and it works!


9) Skip breakfast. "Ohhh aku diet ni, tak nak bfast, aku brunch jer karang." Istilah breakfast + lunch ni akan menyumbang kpd terlebih makan. mau nyer tak, kebulur dari pagi, tghari melantak ganti balik. Kan tak pasal2 jadi makan byk lak.


10) Limit waktu makan. Tak nak mkn byk2 dan byk2 kali takut gemuk. Salah! Tau tak lagi kerap kita makan lagi tinggi metabolisma kita utk bakar kalori tu. Kerapkan snacking yg sihat mcm mkn kismis, kurma, buah2. Avoid junk food, kerepek lah roti lah, asa jeruk lah.




Cadangan Set Kurus Shaklee

3 langkah mudah.

Membakar lemak------> Membuang lemak dan toksik----->Membina Otot



1) Lechitin dan Omega Guard

"Pemecah dan pembakar lemak unggul!"

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :
-Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
-Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
-Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
-Membantu kawal paras triglycerides.
-Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
-Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
-Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier




2) Herblax dan Alfalfa

Mengapa detox / mencuci usus penting??

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Herblax mengandungi 9 herba semulajadi  berfungsi secara efektif dan lembut membersih usus. Ia mampu menarik keluar toksik dan racun dari dlm badan kita. Selain itu ia memudahkan lawas.


Kebaikan Alfalfa:
-melegakan sembelit
-meningkatkan kesiatan sistem penghadaman
-menyokong kesihatan usus
-membantu menyahtoksinkan badan
-membantu mengurangkan berat badan



3) Cinch Shake Mix (3 perisa; Cafe Latte, Vanilla dan Choclate)

Diperkaya dgn Leucine utk mengekalkan otot semasa proses menurunkan berat badan. Diperkaya protein utk memberi rasa kenyang. Bila otot kekal, cantik la takde flabby geleber sana sini hihiiiiiiii..



Apa lagi, jgn sedih lama2 mcm dia ni tapi bertindak!! lakukan perubahan! Bila kurus anda sihat, anda yg untung....boleh pakai semua jenis fesyen baju tak gituuuuu kan???














Anda berminat?


SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK PEMBELIAN ONLINE

ONLINE ORDER NOW!!! SET KURUS ASAS



ONLINE ORDER NOW!!! SET KURUS PREMIUM




Hubungi saya;


018.377.0904

fafai8582@gmail.com





Sunday, 25 May 2014

PANASSSS!!! Shaklee memudaratkan??!!

Yerrrr!!! Shaklee memang memudaratkan kalau salah caranya dan melanggar beberapa "pantang"!

Sebenarnya makan ubat atau makanan tambahan lain pun kena betul caranya. Teringat dulu masa pregnant doktor nasihat makan ubat jgn immediately lps makan tapi tunggu 2 jam. Lebih baik penyerapan katanya.

Berikut merupakan pantang larang tersebut.

1. Jangan ambil  bersama-sama Vitamin E dgn Alfalfa sebab Vitamin E boleh mengganggu penyerapan Alfalfa.

2. Jangan mengambil Vitalea (ada iron) dgn susu atau Ostematrix /pil kalsium sekaligus kerana boleh mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

3. Jangan ambil Alfalfa  dgn GLA Complex sebab GLA mengandungi Vitamin E; Vitamin E mengganggu penyerapan Alfalfa.

4. Jangan ambil vitamin Shaklee serentak dgn ubat sebab akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil  kerana Vitalea mengandungi iron.

6. Pesakit SLE tidak boleh mengambil kerana Alfalfa mengandungi sejenis asid amino-L-canavanine yang boleh menyebabkan keradangan.

7. Bagi ibu hamil, pastikan anda TIDAKmengambil ==> Vitamin E, Alfalfa, GLA Complex, Vivix, Cinch Shake, Carotomax, Lecithin, Herblax, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Ini adalah kerana, vitamin yang tinggi kadar antioksidan adalah tidak digalakkan sewaktu awal kehamilan kerana dikhuatiri boleh memberi risiko pada janin dan boleh menyebabkan keguguran. 

8. Ibu menyusu tidak boleh mengambil kerana Cinch mengandungi kandungan kalori yang rendah.

9. Pesakit anemia tidak boleh mengambil alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.

Ok sekian dulu perkongsian kali ni. Adiooossss!

pssstttt....bulan depan ada produk baru dari Shaklee. Tungguuuu.

p/s: Hari ni puasa ganti, merangkak ni nak perabih ganti sebab last year Ramadhan jatuh masa tgh sarat. Doakan yer dpermudahkan nak ganti puasa. Tamau byr fidyah kalau boleh

5 punca makan ubat/suplemen tak berkesan



Pernah tak korang makan ubat atau vitamin tapi mcm takde kesan?
Atau pun makan vitamin tapi rasa makin teruk pulak.
Ramai customer Shaklee aku tanya soalan2 camtu...
Meh nak share sket kemungkinan punca2nya.




1) Kurang minum air masak
Sebenarnya badan kita perlukan air utk organ2 berfungsi dgn baik. Tapi
ramai yang lebih suka minum air yang bewarna dan berperisa.  Tau tak air manis boleh meningkatkan kepekatan darah. Bila minum air masak byk, penyerapan ubat atau vitamin oleh bdn lebih baik.
Dlm kes Shaklee, ia membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Maka air amat diperlukan dalam proses ini, kalau tak korang akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis. Healing crisis ni mcm bila korang rasa "eh kenapa rasa makin teruk jer lps mkn Shaklee" haaa tu tandanya bdn nak memulihkan sel2 rosak tapi kekurangan air.
Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Sebab tu kena minum air masak byk2. Cuba bygkan korang nak larutkan sekilo gula dgn air sejag dan air segelas. Mana yg mudah larut? Haaa no da mcm basic sains darjah 5 lak. Hehe.
Senang citer minum la air 3 liter sehari. Beli la botol air ada sukatan dan bwk ke mana2 sng takkan lupa.



2. Usus kotor
Bila usus kotor dan tersumbat dgn toksik, ianya menyukarkan proses penyerapan zat makanan, vitamin mahupun ubat dan garam mineral.
Tak ke rugi tu makan mcm2 tapi usus tak boleh nak serap...rugi jer la kan mcm tu. Kalau nak selamat, mulakan dgn proses detox. Produk Shaklee yg blh detox adalah Herblax dan Alfalfa. Agak2 dah clear usus tu baru la start ambik suplemen.


3) Makan vitamin dan ubatan secara berjemaah ataupun serentak
Konon nak senang, telan skali harung ubat2 dan vitamin tapi rupanya tak elok tau utk penyerapan optimum. Sebab bila kita mkn skaligus, akan meningkatkan kepekatan darah kita sekaligus boleh menyebabkan kita rasa pening dan nak pitam. Cuba la mkn dgn timing berbeza.
Lps tu jgn mkn vitamin serentak dgn ubat sebab akan menyebabkan darah bercelaru dan tak dapat menyerap vitamin dengan baik. Paling utama dgr nasihat doktor ikut ubat yg dia dah prescribe terutama yg melibatkan jantung dan darah tinggi. Lps tu mkn Shaklee kemudian.



4. Mkn ubat/vitamin dgn air berkafien mcm teh/kopi/coke
Haaa tlg elakkan telan ubat/vitamin dgn air berkafien, besar harapan sisa buangan keluar menjadi tinja semata. Korang tau tak pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Apatah lagi yg kita baru nak telan tu. Tak ke membazir jer. Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini.


5. Kombinasi pengambilan vitamin yg salah.
Kalau salah kombinasi memang sia2 jer...contohnya;

Jangan makan:
-multivitamin (ada zat besi/iron) + susu
-->mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri
-vit E + alfalfa
---> mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh.














Tuesday, 20 May 2014

Tips Semasa Mengandung





Tahniah anda pregnant!!!


Seronok kan bila dah positif pregnant. Haaa jgn lupa sediakan kepeluan nutrisi lengkap utk keperluan baby yg tengah membesar dalam perut. Keperluan rohani dan jasmani, both penting.







Keperluan Amalan Rohani dan Kepentinganya

Utk keperluan rohani, ibu mengandung kena jaga tingkah laku. Bkn sekadar ckp2 org tua tapi memang sgt2 mempengaruhi sikap anak tu sendiri bila dah keluar nanti. Dah banyak kajian dibuat. Tinggal nak terima nasihat atau tak. Contohnya, jaga emosi jangan terbawak2 perubahan hormon tu. Kalau kita senang merajuk, sikit2 nak menangis alamatnya anak pun ikut perangai mcm tu nanti. Kalau kita asyik nak marah2 mengamuk itu tak kena ini tak kena, haaaa tengok la anak tu nanti cemana. Melalak je. Senang citer jaga la sikap masa mengandung. Kawal la perasaan, banyak2 istighfar. Memang susah nak control sebab hormon flactuate masa pregnant tu ya Rabbi sabar jer. Sekecik2 hal pun boleh terasa tau. Hehehe.


Sebenarnya masa kita mengandung ni la waktu kita banyak2 muhasabah diri, Allah menjadikan satu nyawa yg sgt bernilai dari setitis air mani. Tanpa izinNya takkan terjadi semua tu. Ada orang bertahun2 tunggu, macam2 usaha kaedah rawatan dah buat daripada kaedah urut sengkak tradisional sampai la ke kaedah moden mcm IUI, duit beribu2 habis utk dapatkan anak. Apa jer yang diorang tak buat. So, kita yang Allah dah permudahkan bagi rezeki zuriat ni jangan disia2kan. 


One more thg, korang tau tak masa pregnant tu malaikat sentiasa memohon
keampuman bagi ibu mengandung tu sampai la dia bersalin. MasyaAllah tak ke seronok tu setiap masa didoakan malaikat??? Lepas tu dah bersalin gugur semua dosa. Allahurabbi....maha pengasihnya Allah :')


Ingat lagi masa kursus dulu, ada sorang kakak ni dia masuk kursus bawak anak dia yg baru setahun. Dalam hati aku mcm "ehh boleh ke ni berkursus sambil bawak anak, habis la ni karang riuh". So aku pun sembang2 dengan akak tu, aku tengok anak dia diam jer buat hal sendiri sikit pun tak bising...bila dia haus dia menyusu kat mak dia. Aku cakap la baiknya lah anak akak ni, diam jer tak kacau orang langsung. Aku tanya akak ada apa2 amalan khusus ke masa pregnant? Akak tu kata masa dia pregnant dia selalu mengaji, tiap2 malam solat tahajud dan tahan marah seboleh2nya jangan nak marah2. Diammmm jer. Kata dia masa dia pregnant sulung dulu, anak kembar, dia tak buat pun amalan2 tu. Hehe so korang agak2 anak sulung dia camne? Dia kata anak sulung dia hyper, suka nangis, meragam tak tentu pasal sampai dia kena berhenti keje masa tu.



Tak lama lepas tu aku pregnant, aku cuba la amalkan sedaya mungkin. Ada buat research masa pregnant, antara surah2 yang elok diamalkan masa pregnant;


Surah Luqman ----> Anak bijak
Surah Yasin----> Keselamatan dan rezeki anak di masa hadapan
Surah Maryam/Yusuf---> Anak elok rupa paras dan mudah bersalin



Haaa tapi kan jangan baca surah2 tu jer, kalau boleh baca quran macam biasa jgk la yer. Hehe.
Dipendekkan cerita segala amalan ibadah yang mendekatkan diri kita dengan Allah sangat2 digalakkan, dan please jauhkan diri dari maksiat, tengok atau buat perkara2 yang melalaikan.


Dari segi kecergasan otak baby pulak, ada kajian menyatakan orang2 Yahudi dah train anak dari dalam perut lagi. Dia bagi dengar muzik Mozart, ohhh kita pun selain Mozart kasik la dengar ayat2 suci Al Quran.
Ikut pengalaman aku, hari2 bagi Rania dengar bacaan Quran MP3 bacaan Mishary Rashid Alafasy ( ni faberet aku kalau dengar boleh nangis syahduuuu sangat) kat hp dan azan Mekah Syeikh Ali Moula.
Lepas tu aku selang seli dengan any calming/soothing music kat Rania, kadang2 The Beatles joget2 dia, lagu2 P Ramlee pun dia respon. Bila Daddy dia main gitar pun dia respon menendang. Ohhhh rindunya tendang menendang dari dlm perut. Lupa terus sakit susah payah pregnant dan bersalin rasa macam nak lagi sorang. Eh!. (Kena jeling dengan En Razli nanti)


Lagi satu orang Yahudi buat, si maknya selalu2 buat latihan Math, cari penyelesaian. Aku takde lah nak buat Math sebab aku bab2 angka ni lemauuuuu tapi aku ganti dengan main Sudoku sampai lebam. Ok la tu kan angka jugak...wahahahaha!


Bila baby dah start boleh dengar dlm 5-6 mths camtu selalu2 la bercakap dengan dia. Bagitau kat dia apa kita buat. Dulu aku selalula mcm nak gi keje drive, bagitau dia...baby, kita nak naik kereta ni nak gi kerja. Baby, mommy ngantuk la jom kita tidur. Dari situ kita bonding dengan dia, suruh husband sembang sama. Dulu masa mula2 aku suruh En Razli cakap dengan baby dalam perut, dia kekok sangat. Rania pun mula2 takde respon sebab dia belum kenal suara ayah dia. Tapi dah lama2, tak cakap dengan dia pun dia respon menendang. Padahal kitaorg sembang2, oohhh dia pun nak sembang skali gamaknya.


Masa aku dalam hari tunggu nak bersalin, ustaz Misbah tempat aku follow parent aku gi kelas pengajian ada ajar, selalu2 sedekahkan Al Fatihah utk roh dan jasad anak. Mintak la apa2 yang kita nak. So dari 2 minggu sebelum dia lahir sampai la dia dah masuk 8 bulan lebih ni hari2 aku tak miss sedekahkan Al fatihah utk dia.
Alhamdulillah Rania walaupun ada komplikasi masa aku bersalinkan dia, tetiba terberak dalam perut, bergegas operate, Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kami. 


Pemakanan. Yes ibu2 makanlah benda yg baik2, elakkan fast food or processed food. Awal pregnancy elakkan makanan tajam mcm nenas dan rebung. Amalkan makan kismis, kurma dan almond utk otak baby. Omega3 atau minyak ikan pun elok sgt utk otak baby. Bila dah 7 bln ke atas rajin2 la minum air kelapa atau minyak kelapa dara supaya bersih ker kulit baby. Rania alhamdulillah mmg bersih jer kulit dan kepala takde kerak. Bab mudah bersalin minum kelapa dara tu tak berkesan utk aku, Allah izinkan aku bersalin secara operate hehe. Tentu ada hikmahnya.


Pengambilan Vitamin

Ok ni pun sangat penting, kalau tak cukup zat akan mengganggu pertumbuhan anak. Contohnya kalau tak cukup asid folik boleh menganggu pertumbuhan saraf.



Panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung.


  • (1) B-Complex - 1 tab daily.  B-Complex ni dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.
  • (2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea ni multivitamin. So, bila dah ambil ni tak perlu ambil Obimin ya. Korang tau tak ada sorang kwn ni dia doktor gynea, dia siap ckp lagi, obimin is not the best. kalau tak sebab etika kerja doktor, dah lama dia suggest patient ambik Shaklee jer. Kwn tu dia memang ambik Shaklee sebab dah seronok sgt dgn kesan kebaikan Shaklee. Infact Obimin too much colouring. Tak pecaya try rendam obimin dalam air then korang celup jari, melekat macam dakwat kekal pilihanraya ok! Scary, mcm tu ke nak bagi kat baby???
  • (3) Vit-C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect. Masa pregnant, sesetengah org mudah sakit sebab antibodi akan drop masa pregnant. Yang ni mmg trjadi kat aku, asyik la demam batuk selsema masa 3 bln pertama. Dah la tak boleh mkn ubat batuk masa tu. 
  • (4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. If minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi Sgt sesuai utk org mcm aku loya tak blh minum susu masa pregnant. 
Quote from (Baby Center)
When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. 

  • (5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. Air tu boleh air kosong, mahupon juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect pastu kulit baby gebu u ollls heeeeee.
  • (6) OmegaGuard - 1 tab daily is enough. DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan brain & mata baby. Buat mommy pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan mommy.

Jadi, ini suggestion (Jadual Pemakanan) :
Ini sekadar cadangan, boleh juga tukar2 ikut keserasian dan keselesaan. OsteMatrix tu, sangat digalakkan ambil di waktu malam.

( Quote from BellaOnline)
Kepentingan Omega :
The benefits for baby are:
·    A better brain with higher intelligence
·    Good nervous system development
·    Better eyesight from retina formation
·    Fewer behavioral problems after birth
·    Better sleep patterns for a new born
Health benefits for mom include:
·    Less chance of developing pre-eclampsia
·    Protection against brain loss during pregnancy
·    Less chance of pre-term labor and cesarean
·    Much lower risk of postpartum depression
·    Greatly reduced incidence of breast cancer
DHA and EPA make up about 70% of a newborn baby’s brain, retina and nervous system. The only way a fetus can get these important omega 3 fatty acids is from mom. And the amount is dependent on how much she's getting in her pregnancy diet. 

Untuk penyerapan vitamin yang lebih baik, better ambil vitamin di waktu malam. Tapi susah kan nak ambik serentak.


Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan, bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp, badan rasa ringan gitu.



So kalau korang rasa nak try Shaklee roger aiii.







SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN ONLINE





Hubungi;
Pn Faizura
019.4414.878
fafai8582@gmail.com























Ni conversation dgn kwn yg doktor tu. Kalau dah doktor pun ckp camtu...cumanya dia tak boleh suggest kat org sebab kena jaga etika kedoktoran.







Update 21 May 2014
Tak lena tido memikirkan hal ni so selongkar stok ubat.
Ni lah hasilnya bila sendiri dah test, mcm tak percaya jer. terkejut!
Korang nak bagi lagi anak mkn obimin??
Fikir2kan lah yer. Ganti la obimin dgn Vita Lea Shaklee, complete Multivitamin cukup utk perkembangan baby, berasaskan bahan semulajadi pulak tu.


Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah

Dah lama janji nak bagi resepi ayam goreng berempah Mak Tok Style. Mak tok tu mama ai lah... Serius simple tapi sedap. Org yg baru nak belajar masuk dapur pun boleh buat dgn jayanya.



Bahan2:
1. Ayam separuh
2. Bawang putih 6 ulas
3. Kunyit serbuk 1 sudu besar atau hidup 1 inci
4. Rempah rahsia yg tak rahsia sgt pun; biji ketumbar. bkn daun ketumbar yer. sila google kalau tak kenal. Tak pun gi kedai suruh org tu yg ambikkan, nasib la kena cop tak kenal brg dapur hihi.
5. Garam sebebas rasa lidah korang.



Cara:
1. Ayam potong 6 atau ikut saiz ayam
2. Bahan2 lain blend dgn air sikit sekadar blender boleh jalan. Tapi jgn blend smpai halus, blend ala kadar. Sebab rempah2 tu la nak kasik mcm kerak2.
3. Kalau nak bg resap rasa... perap la paling2 3 jam, tapi kalau dah kebulur suami dah balik keje takde lauk jgn ngader nak perap2...
4. Goreng sampai garing dgn riang rianya.




Tips goreng, api sederhana besar, masukkan air sket then cepat2 tutup. So ayam akan empuk kat dlm garing di luar. Bebaik masa masuk air, dia jadik mcm gunung berapi jab.
Tapi kalau nak terkena jgk redha jer la yer puan2. Isteri yg melecur terkena panas api masa memasak utk suami dijanjikan Allah selamat dari neraka. Sudah la pahala memasak utk suami menyamai pahala mengerjakan umrah. Allah maha pemurah. Jadikan la rumahtangga itu kolam mencari pahala. Masak utk suami tu bkn wajib bg seorang isteri tapi kalau buat besar la ganjaran pahala yg menanti. Same goes to house chores yg lain dan menjaga anak. Sebenarnya itu tugas suami tapi kita dah hidup dlm norma org Melayu camtulah. Pahala pun byk. Kalau surirumah mcm aku ni apa la salahnya ye tak?



Terjumpa ni masa blogwalking...

"Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak"
Ok selamt mencuba resepi ayam goreng berempah mak saya ^_^






Spaghetti Bolognese

Weekend lepas merajinkan diri buat spaghetti bolognese utk makan lunch.
Ok nak share resepi senang cara aku. Korang nak alter ejas2 pun suka hati lah janji ikut sedap tekak korang.
Bahan2 lak selagi bole dpt yg fresh lagi bagus, contohnya bkn canned food or dried parsley or herbs. Tapi kalau dah takde apa yg ada jer la kan ikut selera sendiri lah. Kalau nak jaga kesihatan cuba elakkan lah.
Bahan2 (5-6 servings):
Sepeket spaghetti
Sebotol instant/readymade bolognese sauce
Ayam breast seketul dua (boneless)
Sosej ayam (optional)
Fresh white button mushroom
Buah tomato (6biji)
Capsicum sebiji (suka hati nak ijo ke kuning ke merah ke....hijan paling murah)
Onion sebiji
Garlic 2/3 ulas
Sos cili (optional pedas)
Sos tomato or tomato puree (ikut nak masam mana)
Dried parsley & oregano
Salt & sugar
Step:
1. Rebus spaghetti. Didihkan air dulu. Mostly chef2 ajar cara nak masukkan camni, pegang segenggam dirikan kat tgh2 periuk tu then cepat2 lepas. Lama2 dia akan masuk ngam2 tanpa patah. Letak a pinch of salt. Make sure semuanya terendam. Api sederhana jgn smpai hangus. Nak tau da masak lom dia mcm kenyal2. Chef2 italy ajar campak mee tu sket kat siling kalau tak jatuh memang terbaik la dah bole angkat. Tapi kalau korang buat jenuh la siling sapur penuh dgn spaghetti terjuntai. Haha! Kalau dah masak cepat2 toskan (jgn buang air rebusan simpan sket) then basuh sikit dlm penapis dgn air masak biasa supaya tak melekat2 bila dah kering nanti.
2. Cincang onion, garlic, tomato, capsicum (buang biji kalau tak nak masam), fresh herbs (if any).
3. Hiris cendawan
3. Ayam potong2 sket then blend. Pusing jab jer agak2 mcm daging cincang. Aku sgt tak rajin nak mencincang atas papan.
4. Potong sosej ikut suka cara.
5. Tumis bawang merah garlic dgn olive oil atau apa2 minyak dgn api kecik, dah naik bai masukkan capsicum.
6. Masuk ayam dan sosej gaul2. Tambah air rebusan spaghetti tadi ikut kepekatan korang nak. Most italian chef percaya apa2 menu berkuah tak kira la oglio ke alfredo ke fettucini makaroni ke adik bradik dia semua tu mesti letak air rebusan tu baru lah kick! And yes memang betul bila da buat.
7. Masukkan tomato, reneh jab sampai keluar air tomato then masukkan sos instant.
8. Masukkan gula garam to balance the taste and herbs.
9. Nak masam tambahkan sos tomato atau puree tomato. Nak pedas sket letak sos cili. Ok ni tekak asian style sebab italian chef nampak sure kena baling pinggan.
10. Masa utk melantak!!!

Tuesday, 13 May 2014

Cerita Gembira Susu Banyak Dengan Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum.


This is a quick short entry just to share a good outcome/result of my friend after consume alfalfa shaklee.
Kawan tu doktor kat sebuah hospital kerajaan di belah utara. Dia memang tengah breastfeed anak dia. Dia ni baru jer join Shaklee sebab nak makan tapi bila dia tengok prospek Shaklee ni memang jelas terpancar sinar gemilangnya so dia pun aktif la nak membantu orang dengan kebaikan Shaklee ni.
Bayangkan la eh, ada anak kecik 2 orang...tugas seorang doktor pulak tu bkn calang2 busy. Semua orang tau betapa hectic nya life diorang. Dengan oncall dan lain2 tugas hakiki. Ada skali tu dia sempat mesej tanya psl produk Shaklee ni... rupanya dia tgh on the way nak ke Operation Theater nak buat ceaser.
Fuhhh tabik spring lah kat semangat dia nak tambah ilmu shaklee dalam busy dgn tugas dia.
Sebelum ni memang dah diterangkan kebaikan Alfalfa dan Esp Shaklee utk menambah susu badan kan...so ni lah antara cerita2 gembira dari beribu2 lemon cerita gembira mak2 yg bertambah kuantiti susu bahkan kualiti susu makin pekat (bila pekat anak kenyang).








SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK PEMBELIAN ONLINE



BERMINAT NAK CUBA VITALEA SEBAGAI PENGANTI OBIMIN?

HUBUNGI 018.377.0904